Sunday 22 September 2013

Tips Temuduga @ Interview

Proses Temuduga adalah perkara yang normal dalam kehidupan manusia sebelum menempuh alam kerja.
Cuma mungkin terdapat beberapa perbezaan dengan Temuduga dengan Syarikat-Syarikat Swasta, Kerajaan , Polis & Tentera.

Tips kat bawah neh, untuk korang yang nak temuduga dengan syarikat swasta.

SEBELUM TEMUDUGA

1) Buat Kajian/Selidik Tentang Syarikat.

Memang penting untuk korang tahu jenis syarikat yang korang nak pergi temuduga tuh, sebenarnya cukuplah korang ambik tahu tentang jenis perniagaan tersebut. Tak perlu lah nak ambik tahu terlalu mendalam sangat macam jumlah saham syarikatlah, takut nanti kalau terlebih tahu sangat, nanti penemuduga tu ingat korang neh perisik lak.

2) Ronda Kawasan

Sebelum nak menghadiri temuduga, adalah lebih afdhal korang ambik tahu macam mana cara korang nak ke sana, untuk mengelakkan kelewatan atau kesesatan pada hari temuduga. Ingat! waktu temuduga kalau boleh jangan lambat.

3) Standby dengan Set-set soalan temuduga.

Selalunya, soalan-soalan yang sering ditanya pada waktu temuduga ialah :

a) Tahu tak apa jenis perniagaan syarikat kami?

Sebab tu sebelum temuduga, korang kene google search  dulu tentang syarikat tersebut.

b) Kenapa berminat dengan kerja yang ditawarkan?

Jawab je lah, korang nak carik pengalaman baru. Kalau boleh, waktu dia tanya soalan neh, korang jangan kaitkan lansung dengan syarikat yang korang kerja sekarang neh.

c) Kenapa Nak Berhenti Kerja Kat Tempat Sekarang Neh ?

Hah! tang ni ramai calon yang terperangkap dan membuat kesilapan... Selalunya ramai calon akan menceritakan keburukan syarikat. Bonus tak banyak lah, gaji sikit lah, apalah.. inilah.. itulah...
Hahahhahaah sebenarnya bila korang dah bukak keburukan syarikat, penemuduga boleh menilai diri korang, yang korang ni sebenarnya tak boleh dipercaya, dan korang jugak berpotensi membongkar rahsia syarikat bila korang bekerja kat sini nanti.

Untuk menjawab soalan ini, korang mungkin boleh cakap.

i- tempat kerja yang korang mintak sekarang neh dekat dengan rumah.
ii-pengangkutan mudah
iii-saya tertarik dengan jawatan yang ditawarkan dan saya mahu mencuba sesuatu yang lain atau baru.

d) Berapa Gaji Yang Korang Nak,

Yer... disini suka kita ingatkan yer... Biler korang Letak  dekat Resume atau Masa korang isik borang mintak kerja, mesti dia akan Tanya "Expected Salary".. Korang sebenarnya janganlah skema sangat, pergi letak betul2 berapa gaji yang korang nak... Sebagai Contoh :

Gaji Yang Korang Nak : RM2,000.00
Dekat Resume atau Kat Dalam Borang korang letak : RM2500.00
Tapi Bila Time Interview, dorang akan tanya, "Boleh Nego (Negotiate) /Kurang kan tak ?"
hah mule korang jawab "Yup Negotiable, RM2300.00".
Mungkin penemuduga ni akan tanya lagi "RM2,300.00??? Is it last price/offer?"
Korang pon jawab lah, "Ok, last RM2,200.00".
Tapi mungkin penemuduga akan pujuk lagi "can you make it RM2,000.00?"..
Hahhahahaha korang memang nak RM2,000.00 kan, korang cakap jer ok..

Tapi kalau dia offer gaji lagi kurang dari gaji yang korang betul-betul korang nak, korang kena cakap terus terang gaji yang ditawarkan tak cukup, lagi satu korang ada banyak komitmen, tambahan pula gaji kat tempat sekarang ni pon korang dah dapat bla.. bla... bla.. (pandai2 lah korang)

4) Datang Awal.

 Sebab tu korang kene google pasal company neh, disamping itu beberapa hari sebelum temuduga make sure korang dah familliar dengan jalan ataupun jenis pengangkutan awam yang digunakan untuk kesana. Siap hafal lagi nombor bas tau.

5) Berpakaian/Mekap yang sesuai.

Berpakaian Formal.
Kasut Bertutup/Bertumit/Wedges/ BUKAN sandal/selipar.
Mekap Semulajadi yang mungkin. jangan lah mekap vouge sangat macam nak pergi kelab jer, padahal mintak kerja ofis.
Make sure basic mekap korang mesti ada sekurang-kurangnya Lipstick.
Kalau boleh tak digalakkan korang pakai perfume masa hari temuduga (kalau dah dapat kerja nanty korang nak rendam baju dalam tong minyak wangi pon takper).

SEWAKTU TEMUDUGA

1) Tarik Nafas Dalam-dalam Sebelum Ke Bilik Temuduga dan Berfikiran Positif bahawasanya penemuduga adalah orang yang baik-baik.

2) Telan air liur sebelum bercakap

hahaha bunyi macam lawak, tapi ni lah petuanya supaya korang cakap tak tersekat-sekat atau gagap.

3) Bagi Eye Contact Bile Bercakap

Pastikan korang pandang muka dan mata penemuduga waktu bercakap.

4) Kemukakan Soalan Yang Bersesuaian.

Ok sewaktu temuduga, korang di beri peluang oleh penemuduga untuk bertanyakan soalan-soalan. Berikut Adalah Soalan-soalan Yang Korang boleh dan tak boleh tanya waktu temuduga :

BOLEH

a) Bila Saya Boleh Tahu Keputusan Temuduga Neh?
b) Boleh Saya Tahu Dengan Lebih Mendalam Tentang 'Job Description' Saya?

TAK BOLEH

a) Boleh Saya Tau 'Benefit' Kalau Kerja Kat Sini?
b) Tiap-tiap tahun ada bonus tak?
c) Ada 'increment' tak ?

*hohohoohoh choi! choi! choi! jangan tanya soalan-soalan yang korang tak boleh tanya macam kat atas neh k? Sebaliknya, korang boleh risik jer pekerja-pekerja kat situ macam Penyambut Tetamu ker tentang Syarikat Tersebut.

LEPAS TEMUDUGA

Ok, sewaktu korang temuduga mesti korang dah perhatikan keadaan sekeliling company tuh. Korang boleh rasa wujud tak keserasian korang dengan company tuh.

Sebenarnya, sewaktu korang datang temuduga, janganlah jadi macam kera sumbang, korang try lah risik-risik sikit staff kat situ, ok ker tak keje kat situ? tiap2 tahun ada bonus / increment tak..

Kalau korang rasa ok & korang memang betul2 nak keje kat situ seboleh2 nya. Lepas Interview korang boleh :

1) Terus bagi kad ucapan "Terima Kasih " kat penemuduga.

2) Bagi E-mail dekat syarikat tersebut

Mungkin dalam E-mail tu korang boleh cakap :

Ribuan Terima Kasih Tak Terhingga Kerana Diberi Peluang Untuk Temuduga .

* Tapi, jangnlah tiap-tiap hari korang dok nak ber Emel bagai, kang nanty dibuatnya penemuduga tu berlawanan jantina ngan korang dia ingat korang nak ngorat dia lak,, kalau sama-sama jantina pon nanty dia ingat ko songsang hahahahha.

Hurm Andaikata korang tak berminat??? :-

Tak payahlah susah-suah buat semua neh, jimat duit tak yah beli kad and Jimat Data Broadband korang nak hantar E-mail. Tapi KOrang Kena Ingat, walaupun korang tak suka denga kerja tuh, kalau  dorang E-mail atau call korang cakap jer korang dah dapat kerja baru senang. Korang JANGAN tak angkat call semata-mata nak mengelak, korang kene ingat dunia neh kecik jer,, mana tahu lepas ni korang mintak keje mana-mana tiba-tiba syarikat yang korang mintak tuh, anak syarikat dia ker,, tak pon boss diorang kawan rapat ker.. mana taw kan? tak salah kalau tolak tawaran dengan cara baik.





No comments: