Wednesday 19 December 2012

Dalam Banyak2 Kawan KIta ,, Mesti ade Sorang Tu Yang Perangai Ntah Hape2

Hahahahah Standard la,, Da nama pun manusia.. mesti lah macam2 perangai kan? Ade yang jenis menggedik, kuat merajuk, spesies sembang, cakap besar atau ape2 lah.. yang korang rasa macam tak boleh blah n tak boleh masuk kepala.. Tapi kawan yang aku nak cakap ni adalah jenis kawan yang berkumpulan. Contoh macam aku, dari sekolah sampai sekarang,, aku ade group kawan aku sendiri,, dekat U pun sama, kt tempat kerja.. Actually best jugak kalau berkawan dalam group ni,, sebab korang leh rancang aktiviti2 yang menarik & yg lebih penting,, bila hang out mesti happening sampai pening hahahha..
 Aku mungkin boleh share dengan korang macam mana bila aku berjumpa dan bergaul dengan orang2 yang macam kat bawah ni:

1) Jenis Sembang Tak Nak Jatuh
Hahahaha mesti ade nye,, cerita jenis meletup2.. hebat,, tevavo la sume ade.. Duit  macam banyak,, jaja cerita beli barang sume nak branded.. Mungkin dengan orang macam ni,, kalau boleh,,  korang buat tak tau jer dah lah,, selagi dia tak kacau hidup korang,,, tapi kalau dah ayat dia macam ni "Sue, kau ade 100 x? Pinjam aku, nanty aku ganti balik" Hurm.. padahal sebelum tu,,ayat bukan main lagi,, beli Handbag Gucci beribu2,, dan2 lak esok tak ade duit plak kan.. So, korang pulangkan balik paku buah keras kat dia,, supaya dia beringat lepas ni Jangan Sembang Tak Jatuh Lagi... "Hah? Bukan ko ade banyak barang2 branded ker? Prada la.. Gucci la.. Rolex la.. Ape kata, ko pajak balik barang2 ko yang branded tu,, dapat gak duit.. maklum la,, barang2 branded ni mesti ade cert (sijil/surat) kan?".. Hah,, ko tengok ape reaksi dia.. kalo dia ade banyak gak alasan.. ko cakap jer yang korang pon memang ade duit gak cukup2 untuk korang bertahan sampai hujung bulan... So, tak ada duit lebih nak bagi dia pinjam.. Tapi kalau korang rase macam kesian jer kat kawan korang tu,, suka hati lah nak bagi ke x...

2) King/Queen Control

King/Queen Control ni bukan jer ade dalam kehidupan suami isteri,, mungkin dalam persahabatan atau keluarga pun ade istilah ni diguna pakai.. Orang macam ni, jenis kita je nak dngar cakap dia jer... Cuba korang slow talk dulu dengan dia,, dengan cara menegur dia,, atau pun kalau dia jenis macam tak boleh terima gak,, cuba jauhkan orang macam ni.. Dalam masa yang sama mintak pendapat yang lain lain gak.. kalau kawan2 yang lain2 rasa boleh masuk kepala dengan dia,, mungkin better korang just diamkan diri,, then korang carik satu hari untuk hang out tanpa dia.. mungkin korang boleh pilih plan nak keluar tanpa dia join sama2 dengan group korang, agak2 time dia tak ade ker,, contoh nye time dia outstation..

3) Kuat Sentap/Merajuk
hurm.. spesies yang macam ni kadang2 rase macam menyampah pon ade gak.. tak boleh nak gurau kasar,, ataupun dalam erti kata lain,, korang tak boleh jadi diri korang yang sebenar... mungkin sekali dua tu korang boleh bertolak ansur.. kalau dia tak habis2 dengan perangai sentap dia tu gak,, korang buat bodoh jer la,, cube sekali tu jangan pujuk.. sebab aku percaya,, orang yang perangai macam ni selalunya dia tak ramai kawan,, sebab tu,,bila dia ade kawan,, dia nak perhatian... Kalau korang cuba tak pujuk dia sekali,, lama2 korang akan perasan,, dia mesti akan carik korang balik,, sebab dia da tak ada kawan kan? kalau dah lama merajuk tu, tiba2 ajak korang keluar,, korang layan jer lah.. mungkin dia ego/malu nak mintak maaf,, tapi kalau da ajak korang keluar tu,,kira da okey la kan.

4) Poyo

hahahah dari aku sekolah lagi.. aku selalu dengar perkataan poyo ni,, tapi aku cakap gentle, terus terang dengan korang,, aku sendiri tak faham sebenarnyer ape maksud poyo ni.. tapi dari tafsiran aku poyo ni macam orang yang "over acting".. "spesies manusia yang annoying atau tak boleh bla".. tapi bila berpandukan gambar rajah kat atas ni,, poyo ni adelah Spesies Mamalia Yang Kurang Pengetahuan Tapi Bercakap Banyak,, maksud aku, mungkin seseorang yang bercakap bukan berlandaskan fakta,, So, kalau korang berjumpa dengan orang macam ni,, kalau korang tak ada bukti yang kukuh untuk berdebat dengan orang macam ni better korang diam jer,, sebab korang mesty pernah dengar falsafah ni kan?
"Aku tak akan kalah bercakap atau berdebat atau berbahas dengan orang yang berilmu,, sebaliknya aku akan kalah bercakap dengan orang yang BODOH"

5) Kawan Yang BerTOKSID

Hurm.. dari perkataan TOKSID ni pun korang boleh tahu maksud dia kan.. BERACUN.. kalau korang dah terkena denga spesies kawan makan kawan ni,, pada pendapat aku,, better STAY AWAY.. atau PUTUSKAN TALI PERSAHABATAN korang.. tak guna simpan kawan macam ni,, bukan jer tak kenyang,, malah tak kaya pun.. Contoh nyer,, orang yang talam dua muka, depan korang,, pijak semut tak mati,, tapi bile belakang korang,, pijak BIGFOOT pun boleh nazak BIGFOOT tu..  ataupun dalam erti kata lain.. kawan yang BERTOKSID ni,, jenis orang yang merbahaya,, yang korang tak patut buat kawan,, yang boleh membahayakan korang,, yang nak merosakkan korang..



Sekian..
Peace..
No war :)

Tuesday 18 December 2012

6 Cara Berdepan Dengan ' Annoyying People '



heheheh annoyying people.. atau pon dalam bahasa melayu nyer ORANG YANG MENJENGKELKAN @ MENYAKITKAN HATI @ ORANG YANG MENGGANGGU  KETENTERAMAN KORANG...

Monday 17 December 2012

Bila Cinta Tak Lagi Untukku - Tips Putus Cinta



Bertemu, Berkawan, Bercinta, Bergaduh, Hubungan Terhalang, Berpisah ataupun Bercinta Berzaman-zaman, akhirnya kawin dengan orang lain, perkara lumrah dalam kehidupan.. Orang yang terkena memang terasa berat dan sakit. Kalau masa mula-mula bercinta dulu,, dekat jantung ni terasa macam sakit atau berdebar-debar,, mungkin sebab terlalu excited.. Lepastu, perasaan tu akan hilang semakin lama bila berhubungan,, tapi bila dah terputus, perasaan itu datang kembali..

Sunday 9 December 2012

Keliru atau Konfius Dengan Banyak Pilihan


Keliru atau Konfius Dengan Banyak Pilihan ? .Lumrah dalam perhubungan, kadang-kadang kita boleh jatuh cinta atau berkenan lebih dari satu orang.. bak kata amir ukays. "disini menanti, disini menunggu" (ntah betul ke tidak dengan tajuk ni aku pun tak tau). Kalau korang terjerat dalam "Buronan Cinta" bak kata TheLima.. aku ade beberapa tips untuk pastikan yg dia memang betuk betul mengikut standard piawaian dalam hidup korang.

Wednesday 5 December 2012

Miliki Cinta Dalam 30 Hari



Tak dinafikan, seharian kita berjumpa dan bertemu ramai orang, mungkin kita akan terpaut dan akan terpikat dengan seseorang.Mungkin dia teman sepejabat? Clien? Customer? or Teman Tapi Mesra??? Tapi macam mana nak pikat dia yek?

Tuesday 4 December 2012

Rahsia Hubungan Kekal Lama


Hubungan yang macam mana. Untuk tips kali ini ada dua kategori, pertama untuk sebelum dan selepas kahwin dalam Rahsia Hubungan Kekal Lama.