Monday 17 December 2012

Bila Cinta Tak Lagi Untukku - Tips Putus Cinta



Bertemu, Berkawan, Bercinta, Bergaduh, Hubungan Terhalang, Berpisah ataupun Bercinta Berzaman-zaman, akhirnya kawin dengan orang lain, perkara lumrah dalam kehidupan.. Orang yang terkena memang terasa berat dan sakit. Kalau masa mula-mula bercinta dulu,, dekat jantung ni terasa macam sakit atau berdebar-debar,, mungkin sebab terlalu excited.. Lepastu, perasaan tu akan hilang semakin lama bila berhubungan,, tapi bila dah terputus, perasaan itu datang kembali..



    Memang bukan senang nak buang orang yang pernah kita sayang 100% dari kepala ni, sebab otak kita bukan macam komputer, bile da terkena virus boleh hantar kedai,, kasik buang hahahha.
  Tapi mungkin beberapa tips ni dapat meringankan sikit penderitaan korang walaupun x semua boleh terhapus:

1) Sibukkan diri dengan aktiviti sosial (aktiviti sosial ni tak semestinya lepak club, pub,atau disco sampai kena ambush) seperti libatkan diri dalam aktiviti kebajikan, tolong pergi ke tempat2 mangsa2 banjir ker, tolong dorang kemas2.. mungkin korang leh  terjumpe mangsa2 banjir yang terbekanan dihati lak ker (hehhehe aku melawak jer,, x semestinya mangsa banjir.. mungkin korang boleh pergi libatkan diri dengan aktiviti surau or masjid ker, tolong orang masak, mengemas atau sebagai nye,, untung2 Tok Imam terberkenan,, boleh buat menantu)

2) Kalau ade bajet lebih,, mungkin korang boleh pergi bercuti..

3) Nah.. sekarang korang dah single.. korang bebas nak buat ape je yang korang suke,, mungkin sepanjang korang couple dengan dia , korang macam terkongkong atau tak bebas untuk menjadi diri korang yang sebenar.

4) Tanamkan azam atau impian untuk menjadi lebih baik lagi.. Mungkin korang boleh cuba berazam untuk tingkatkan kualiti hidup,, sebagai contoh, mungkin selama korang couple dengan dia, korang da kumpul duit nak kawin, tapi tup2 tak jadi lak.. so, mungkin dengan duit tu korang boleh cuba ubah hidup korang contoh nye sambung belajar ker,, korang boleh jugak ambik kursus pendek yang lebih praktikal macam teknik andaman ker, menjahit ker atau dalam erti kata lain,, korang ambik kursus yang korang minat.

5) Korang boleh start kumpul aset macam rumah, kereta atau barang2 kemas. Sebab, mase couple dulu, duit bnyk labur untuk date jer,, so, ni lah peluang untuk korang kumpul harta plak.

6) Gandakan simpanan. Mungkin mase couple dulu, duit habis beli top up utk awek.. so,, lebih duit yang tak terpakai tu,, korang boleh simpan.. Mana taw, tibe2 korang perlu duit tu utk emergency or kene kawin secepat mungkin ker

7) Cuba rancang masa depan... sebagai contoh, sekarang ni umur korang 25,, mungkin korang da plan,, umur 26 aku mesti da ada kereta.. korang amik loan 9 tahun, that means umur 35 loan korang dah habis,, lepastu korang plan nak beli rumah lak.. Kawin? Hurm.. mungkin korang plan untuk kawin dlm umo 30 tahun..  Tapi pandai2 la bajet,, da pakai kereta,, but at the same time korang mesti ade saving.

8) Banyak2 kan berdoa kepad Pencipta,, untuk terus kuat menghadapi hidup.. Dalam masa yang sama korang bersyukur kerana dugaan ni akan membuatkan korang semakin kuat untuk tempuh dugaan yang akan datang..

9) Menagislah sepuas2 nya,, sampai air mata korang kering, habis pun x per.. Cariklah seseorang yang korang boleh percaya contoh macam kaunselor ker untuk luahkan ape yang terpendam,, disamping itu jugak, mintak pendapat orang yang berpengalaman.

10) Kembalilah kepada pencipta.. Mungkin ayat ni seolah2 macam ade je yang kata " Tengok tu,, dah susah baru ingat Tuhan, baru ingat masjid, baru ingat surau, baru ingat tikar semayang!"
Lantak lah orang nak cakap apa pun, sebab dengan cara ni jer korang akan tenang,, Pada pendapat aku,, kalo kita sedih atau frust menonggeng baru ingat Tuhan tu lagi bagus daripada ingat Tok Bomoh, Ingat Racun Tikus, Ingat Tali Gantung ataupun Ingat Bangunan Tinggi nak terjun.


Sekian...
Peace :)
No war



No comments: