Tuesday 18 December 2012

6 Cara Berdepan Dengan ' Annoyying People '



heheheh annoyying people.. atau pon dalam bahasa melayu nyer ORANG YANG MENJENGKELKAN @ MENYAKITKAN HATI @ ORANG YANG MENGGANGGU  KETENTERAMAN KORANG...



Biasenyer ANNOYING PEOPLE ni berada di mana2.. di sekolah, kolej, universiti, tempat kerja atau pun dikawasan kediaman korang sendiri.. hihiiiihi..
 ANNOYING PEOPLE adalah tergolong dalam makhluk tuhan yang bukan lah dari spesies haiwan maupun tumbuh tumbuhan.. kita x boleh memusnahkan ANNOYING PEOPLE seperti kita memusnahkan Tanam tanaman, kutu beruk, mahupun kuman dengan cara menggunakan antibiotik,,jika korang  memusnahkan ANNOYING PEOPLE ni, korang boleh didakwa dibawah Seksyen 302 kanun keseksaan ( tak mungkin seksyen 376, sebab ko da x suke kan??!!)  tapi korang mungkin boleh cuba melakukan perubahan manipulasi kepada Makhluk Tuhan ini.

1) Jika Korang Terserempak Dengan Annoying People
     Senyum

i) Senyum macam biase kalau dia pun ok, senyum balik, so, korang boleh jadi a GOOD PRETENDER..
ii) Kalau dia x senyum balik, dah dia memang spesies muka taik, next time kalau nampak dia, korang buat buat tak nampak. Seolah olah dia tu adalah makhluk halus @ spesies mikroorganisma, kene tengok pakai kanta pembesar baru boleh nampak.
iii) Korang boleh je senyum macam biase, walaupun dia tak senyum balik, korang anggap je yang senyuman korang tu satu sedekah( Tapi nak dapat pahala sedekah tu korang kena ikhlas, janganlah senyum macam gambar kat atas ni).

Tegur atau bercakap sekadar sahaja atau pun berbual apabila perlu


Dah Korang Tak Suke Kan??? x payah lah nak layan sgt,, Sekadar say "HI" pun da ok.. kalau dia tanye , jawab sepatah je cukup n dalam masa yang sama,, sibuk2 kan diri korang dari berbual2 kosong dengan orang yang korang tak suke,, buat mengabih boreh je layan lama2.. buat apa kan?


2) Annoying People tersebut adalah Bos Korang???

i)Hurm kalau korang tak suke dengan boss korang, kalau boleh korang jangan tunjuk sangat yang korang tak suka dengan dia. Sebab korang kena ingat siapa yang akan buat korang punye APPRAISAL aka PENILAIAN PRESTASI korang nanti. Disebabkan korang tak suka kat dia, korang cuba buat gak semua kerja yang dia bagi kat korang,, jangan sampai dia mintak, korang terus submit kat dia bila da siap kerja tu nanty. 
ii) Kalau korang tak boleh gak dengan cara kat atas ni, that means dia tetap gak carik salah korang, cube try mintak transfer lain department kat ofis korang, tak payah berhenti kerja, penat lah nak interview lagi, isi borang lagi kan??
iii) Hurm.. ataupun korang tak boleh gak nak transfer department lain sebab mungkin kepakaran @ skill korang terhad, contoh nyer korang ni akauntan, x kan nak tukar hr department gak. So, nak x nak korang cuba gak lah jadi BOOTLICKER atau pun kaki bodek.. Mungkin bunyi macam jahat jer kan.. tapi korang kena ingat, kaki bodek tak semestinye jahat,, mungkin korang boleh buat dia suka kat korang sebagai contoh ingat dia punye birthday,, beli present.. sebab ni untuk kebaikan korang untuk dalam jangka masa panjang gak.
iv) Hurm.. pon dengan cara no iii kat atas ni x berkesan? Korang try plan mase depan korang,, sebagai contoh korang leh start bajet lagi berapa tahun lagi korang nak keje kat Company korang,, cuba kumpul pengalaman dan skill yang ada,, atau pun carik je kerja baru.

3) Jiran Yang Menjengkelkan


Hahaahha ni mesti ade kan.. nak2 lagi kalau duduk kat kawasan2 kampung atau flat.. mesti korang jumpe nyer lah spesies manusia macam ni.. Korang pakai baju ape, makan apa, buat apa, tv kat rumah berapa inci itu pun nak jadi issue kan? Hurm,, aku cuma nak kata, layan selagi korang rase boleh.. kalau korang rase memang x boleh blah gak diorang ni, korang just tutup jer pintu rumah korang..

4) Sedara mara yang Annoying
kalau bende2 yang melibatkan darah daging ni sebenarnya agak susah gak kita nak hindarkan diri dari dia.. cuma korang boleh had kan berjumpe dengan dia lama2.. sebagai contoh korang sume berkumpul dekat kampung mase musim2 perayaan, mesti ade ramai saudara mara kan? korang duduk lah jauh2 sikit,, ataupun kalau boleh tak payah sampai nak bermalam.. datang pagi,, lepas dah kenyang tu balik lah heheheheh boleh pulak kan?

5) Kawan Sekolah/Kolej/Universiti yang merimaskan.


Mana korang ada, dia mesti ada, korang tak carik, tapi menempel gak kat korang kan? hahahahahah ape susah?? kat kelas/kolej/universiti kan ramai orang.. korang pergi je la join mane2 group.. atau pun lagi senang, korang libatkan diri korang dekat universiti/kolej/sekolah dengan group atau aktiviti dia tak suke heheheh mesti dia pun x nak join kan?

6) Korang sendiri yang memang ANNOYING???
Bak kata mami jarum, "orang kalau dah berak tengah jalan,, mana nak mengaku tu taik dia " hahahaha actually, kita selalu nampak keburukan orang lain. Tapi kita tak kan nampak keburukan diri kita sendiri kan? Ye lah ibarat nya, kotor dekat belakang baju orang lain kita boleh nampak, tapi kotoran dekat belakang baju kita, kita boleh nampak ker? kalau korang seorang yang berfikiran terbuka, dan sedia terima kritikan dari orang lain, y not? korang cuba tanye orang yang paling jujur/lurus bendul/ atau pun sesorang yang talam dua muka heheheh untuk mengetahui kenapa Si A tu tak suka korang ker.. kalau korang dah tahu jawapannya, cuba korang berfikir sejenak adakah bende tu Positif atau Negatif.. Kalau Positif,, korang mungkin boleh cuba berubah,, atau pun korang rase, THIS IS ME.... korang carik dan bergaul lah orang yang sekepala dengan korang, yang boleh terima korang seadanya..


Chill...
Peace..
No war :)

No comments: